Tuesday, March 13, 2012

Palestin ~

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?





Sunday, January 1, 2012

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
 Nabi SAW telah bersabda :
 “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.”~ HR Abu Daud
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW bersabda :
"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata : “Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”~ HR Muslim
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." ~ HR Muslim
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."~ HR Abu Daud
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”
6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda :
" Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “~ HR Thabrani
7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan :
"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”
 Moga Allah redha persahabatan kita.

Akhir kalam,
Uhibbukum fillah Najihah, Bahriah, Wanie, Nadiah, Syuhada, Kak Nadiah, Kak Beela, Najlaa, Amirah dan Atikah dan semuanya!!  :-)